Mengenai
keperihalan kesusasteraan, ia semestinya berkaitan dengan teorinya, teori
kritikannya, teori proses kreatifnya dan juga aspek sejarahnya. Di Barat,
kesusasteraan adalah perkara yang bertitik tolak daripada tradisi falsafahnya
yang memperjelaskan pandangan dunia serta pengalaman yang berasaskan konsep
kebebasan. Perkembangan teori sastera dan teori kritikan sastera di Barat wujud
apabila adanya teori Platonik dengan konteks luarannya sehinggalah ke hari ini.
Di Amerika, pengalaman, akal, serta pengetahuan terhasil daripada teori sastera
Marxisme. Aliran ini lahir pada zaman dahulu kerana ia pernah menjadi inti
kesusasteraan di Barat dan dianggap terlalu moralistik. Sejarah keperihalan
kesusasteraan Di Barat adalah peristiwa yang pinggir-meminggir tanpa ada
kesudahannya.Ia juga terhasil daripada pengetahuan yang bersumberkan kebebasan
pengalaman dan akal seperti Destructive,
Hermeneutics, dan lain-lain.
Keruntuhan demi keruntuhan kepada dasar dan teori kesusasteraan
memperlihatkan pola kesusasteraan iaitu keinsanan. Teori kesusasteraan yang
wujud pada hari ini adalah dalam keadaan kekosongan keinsanan iaitu kehidupan
yang dipinggirkan.
Pengetahuan
yang bertitik tolak daripada daripada pengalaman serta akal mulai menyerap
dalam kesusasteraan nasional kita. Namun demikian, keperihalan tempat dimana
wujudnya kesusasteraan moden kita begitu rapuh sehinggakan kita masih ragu-ragu
untuk mengenalpasti arah dan tujuan kita. Disebabkan ketidakpastian inilah yang
memudahkan kita terjebak dalam perangkap modenisme
yang terhasil daripada ilmu yang berlandaskan pengalaman dan akal yang
nisbi. Kita sebenarnya tidak berlandaskan ilmu yang sebenar iaitu ilmu wahyu.
Oleh sebab itulah, keadaan kita sekarang lebih kepada kurangnya aspek
kerohanian dan keimanan. Tambahan pula, dari perspektif aliran modenisme zaman kini, faktor-faktor dan kerahsiaan keinsanan
dalam hubungan dengan Kebenaran Hakiki tidak diperhitungkan lagi. Ia juga
merupakan faktor yang menghalang perkembangan ilmu. Apabila kita membicarakan
kesusasteraan sebagai ilmu dalam maknanya yang sebenar dan bukan sebagai ilmu
daripada pemikiran modenisme, kita
haruslah berbalik kepada persoalam pokoknya iaitu soal asas dalam kegiatan
manusia mengenai kelalaian manusia itu sendiri. Insan yang berilmu adalah
individu yang bertanggungjawab terhadap tingkah laku yang digerakkan oleh sifat
ketuhanan.
Selain
itu, kesusasteraan yang unggul adalah kesusasteraan yang berilmu. Hal ini
kerana kesusasteraan yang lahir daripada insan yang berilmu yang dijiwai oleh
wahyu iaitu ilmu yang diberi oleh Tuhan untuk memperoleh al-falaah. Ia disepadukan
dengan pengetahuan yang dicari dan
diteroka melalui pengalaman dan akal. Kesusasteraan yang baik adalah tidak
hanya bergantung kepada era modenisme dan pascamodenisme, malah ia berfungsi
untuk memperjuangkan ilmu. Disamping itu, fungsi kesusasteraan yang berilmu
juga membantu kita memahami perasaan insan yang lain, memahami detik emosi yang
sering berubah-ubah serta membantu menemui kebenaran yang mutlak. Kesusasteraan
yang berilmu ini bukan sahaja permainan minda, malah ia membijaksanakan kita.
Ia juga mengesahkan ksesusasteraan yang saintifik yang menjelaskan matlamat
yang sahih dan menempatkan insan ke dasar yang sebenar. Sebab itulah juga para
sasterawan haruslah menjadi pemikir yang bijak dan benar-benar berilmu dalam
pengalaman dan akal yang disahkan oleh wahyu melalui karya yang dihasilkan
untuk mematangkan kita tentang kehidupan yang sebenar.
Kesusasteraan
yang berilmu telah menjadi dasar dalam kesusasteraan kita. Kesusasteraan ini
lain daripada yang lain terutamanya kepada mereka yang berilmu untuk
menunjangkan kehidupan. Namun demikian, terdapat juga golongan yang menentang
kesusasteraan ini seperti suara daripada Miazrahizal Abdul Ghani dalam karya
pendeknya iaitu “Teori Kritikan Mutakhir: Ramai Yang Bimbang?” Beliau
meyimpulkan bahawa terdapat juga dakwaan golongan anti-teori moden yang
menghubungkan kerja kritikan dengan peningkatan iman. Tetapi, kritikan dengan
menggunakan teori moden adalah gagal dalam mendekatkan diri antara para penulis
dengan sasterawan sehingga wujudnya kekaburan. Jikalau teori spontan ini wujud
daripada pengalaman dan akal yag relatif serta tidak daripada sumber yang
mutlak, pati sahaja keimanan mereka dipersoalkan. Erti kesusasteraan perlu
diperjelaskan iaitu paksi utama kesusasteraan adalah manusia yakni baik
sasterwannya, pembaca perlulah mengenal manusia dengan bersumberkan pengalaman
dan akal yang mutlak. Jikalau makna kesusasteraan difahami dengan sedalamnya,
pastinya persoalan tidak akan wujud dalam khalayak.
Dengan
adanya kefahaman tentang kesusasteraan, pengetahuan yang dicari dan ilmu yang
diberikan akan nampak dimana kedudukan kita yang sebenar. Ilmu yang ada akan
menyakinkan diri kita dan diselarikan dengan kegiatan yang sahih. Namun
demikian, kita yang berilmu apabila menerima kenyataan bahawa kesusasteraan
yang berilmu ini adalah kesusasteraan yang benar-benar mempunyai makna dan
indah. Walupun pelbagai cabaran yang datang, kita masih tetap dengan keperibadian
kita sendiri.
No comments:
Post a Comment