Assalammualaikum dan salam sejahtera , untuk post pada kali ini , kami akan bercerita lanjut mengenai 'Jenis Atau Kategori Fiksyen' .
Novel,
cerpen dan novela adalah kategori asas dalam fiksyen. Terdapat beberapa
kategori yang diterbitkan daripada genre ini yang mempunyai ciri unsur
keutamaan. Antaranya, ada fiksyen yang mengutamakan aspek luaran dan aspek dalaman
manusia. Ada juga fiksyen yang mementingkan isi dan jenis isi seperti dalam
fiksyen sains. Ada pula fiksyen yang hanya tertumpu pada tema seperti tema
eksistensialisme dan ada juga fiksyen yang menonjolkan makna-makna melalui
simbol, citra serta kiasan yang boleh diasosiasikan oleh kita sebagai pembaca
atau pengkritik. Bagi pembaca atau pengkritik, pembahagian fiksyen kepada
beberapa kategori akan memudahkan kerjanya untuk memahami, menganalisis dan
menilai fiksyen. Pada peringkat luaran, ada pengalaman yang wujud hasil
daripada saranan oleh pengarang dengan lebih jelas. Manakala pada peringkat
dalaman, terdapat dua aspek yang wujud melaluinya iaitu aspek emosi dan aspek sebab-akibat. Aspek emosi sifatnya lebih
menderita, agresif, ganas menolak sesuatu dan ghairah bagi memenuhi tuntutan
fitrahnya. Sebab-akibat keadaan yang ditonjolkan oleh pengarang lebih terkawal,
tenang dan praktis jika dibandingkan dengan emosi. Sebab-akibat mudah
dikenalpasti kerana sifatnya bercorak kemasyarakatan dan emosi lebih bersifat
individuality yang mungkin penuh dengan konflik. Selain daripada emosi dan
sebab-akibat, terdapat juga aspek kejiwaan yang cuba diketengahkan. Hal ini
demikian kerana, aspek ini lebih bersifat penekanan yang lebih pada ragi atau
corak pemikiran seseorang. Watak dan perwatakannya begitu realistik, canggih
dan kompleks.
Terdapat pelbagai jenis dan kategori
fiksyen dalam artikel ini. Antaranya, fiksyen sosial yang amat sinonim dengan
masyarakat. Patutlah fiksyen ini dinamakan sebagai fiksyen sosial kerana fikyen
ini lebih tertumpu pada perihal kemasyarakatan. Perihal yang dimaksudkan adalah
yang berkaitan dengan ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Peristiwa
atau episod dalam komposisinya memang biasa dengan pengalaman kita. Latar
tempatnya lebih terperinci seperti kedudukan karma atau rumah, bunyi atau
kegiatan yang lain. Emosi di dalamnya memang wujud tetapi tidak seberapa kalau
dibandingkan dengan penonjolan sebab-akibat. Hal ini demikian kerana,
sebab-akibat ketara dan boleh difahami secara langsung tanpa terselindung
disebalik simbol atau citra tertentu. Sebagai contoh cerpen sosial, ialah Patah Tumbuh oleh Keris Mas dan contoh
novel sosial oleh A.Samad Said iaitu Salina.
Kategori atau jenis fiksyen kedua ialah fiksyen kejiwaan atau fiksyen psikologi. Fiksyen ini memberi penekanan terhadap pengalaman emosi dan mental yakni bukan pengalaman fizikal atau sosial seperti dalam fiksyen sosial. Watak-wataknya tidak banyak dan tertumpu kepada individu tertentu. Fiksyen psikologi memfokuskan terhadap perkembangan personality individu seperti sikapnya akan hidupnya dan sesuatu yang lain, perubahan dalaman yang canggih dan kompleks yang mempengaruhi dirinya. Tujuan utama fiksyen ini adalah untuk memahami dan merasai pembentukan perasaan dan sikap individu tertentu.
Terdapat
lima teori yang dikemukakan oleh Sigmund Freud mengenai psikologi manusia.
Pertama, teori ini bertolak daripada kedudukan asas ketidaksedaran. Kedua,
Freud membahagikan kejiwaan manusia kepada struktur tiga tahap iaitu id, ego dan superego. Id adalah
prinsip keseronokan dan dianggap sumber segala keinginanyang menekan, tidak
tenteram dalam tuntutannya memperoleh kepuasan. Ego, adalah prinsip reality dan jika kedua-dua prinsip ini
bergabung maka berlakulah pertentangan atau revolusi dalaman yang hebat. Superego, boleh dikatakan natijah hasil
daripada produk ego. Maka hasillah nilai murni yang diserap oleh ibu bapa atau
pendidikan baik pendidikan formal mahupun tidak formal. Teori ketiga, Freud
menegaskan bahawa mimpi adalah ekspresi fikiran bawah sedar. Teori keempat,
konsep kelakuan atau tingkah laku manusia, pada asasnya mengikut Freud bersifat
seksual. Dan teori yang terakhir ialah perhubungan yang erat antara neurosis dengan kreativiti yang lahir
karya psikologi yang kadang-kadang di luar dugaan kita kerana tuntutan id memang banyak di luar tuntutan
keinsanan, terutama zaman sekarang. Sebagai contoh dalam novel Nouveau Roman dikarang oleh Alain
Robbe-Grillet.
Kategori
dan jenis fiksyen yang seterusnya ialah fiksyen Nouveau Roman. Dalam perkembangan fiksyen Melayu kita, karya-karya
yang mempunyai ciri-ciri Nouveau Roman
memang wujud baik cerpen mahupun novel. Contohnya, karya A.Samad Said Daerah Zeni dan Hujan Pagi. Beliau mencipta karya ini kerana, sengaja membiarkan
inspirasi dan imaginasinya tercurah-curah secara spontan dan bersahaja sehingga
langgam penceritaannya melompat ke sana sini baik dalam persoalan, baik dalam
masa mahupun dalam teknik langgamnya. A. Samad Said kebelakangan ini, memang
kelihatan terperangkap dalam kancah Nouveau
Roman.
Kategori
dan jenis fiksyen yang keempat ialah fiksyen idea. Fiksyen Idea, sering
disamakan dengan fiksyen tesis atau fiksyen bertenden ataupun The Roman a these. Prinsip fiksyen ialah
menolak daripada satu tesis dan berkembang kepada antithesis dan berakhir
dengan sintesis. Fiksyen ini mengalakkan reformasi sosial ataupun satu
pembetulan kepada sesuatu yang salah. Contoh karya oleh Allahyarham Keris Mas
yang bertajuk Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur. Tesisnya kapatalisme dan individualisme. Antitesisnya pula ialah
sosialisme sedangkan sintesisnya pula Islam.
Kemudian
fiksyen romantisme. Fiksyen ini, merupakan aliran yang sering diperkatakan
orang baik dalam kreativiti mahupun dalam hal apresiasi karya sastera. Latar
tempatnya begitu jauh saujana mata memandang atau pada suatu tempat yang agak
kabur iklim dan persekitarannya. Watak utamanya, orang yang bersifat emotional
dan suka menyisihkan dirinya daripada masyarakat umum kerana ingin melayani
emosinya terutama emosi tentang sesuatu perjuangan yang indah seperti cinta.
Fiksyen ini juga merupakan fiksyen aksi dan fiksyen ini bukan fiksyen realistik
tetapi realistik yang kaya dengan ciri-ciri hiperbola secara emotional. Sebagai
contoh karya S.Othman Kelantan, Juara merupakan salah satu novel romantisme.
Kategori
fiksyen yang lain ialah fiksyen satira. Dalam kata pengantar kepada novel
satira Hassan Ibrahim, Tikus Rahmat, antara lain saya katakana akur dengan
makna harfiah sebagai hidangan bobot dengan aneka rencah, satira menyarankan
kesepaduan maksud yang tersembunyi di dalamnya konotasi-konotasi sarkasme,
cemuhan , ironi, ketawa campur tangisan, kadang-kadangnya, lelucon kering,
komedi rendah atau humor dan komedi tinggi.
Kesimpulannya,
sebelum hadirnya fiksyen jenis ini memang banyaklah jenis fiksyen, umpamanya
fiksyen bercorak romantik, fiksyen simbolik, fiksyen Gothic, fiksyen popular, satira, fiksyen sains, fiksyen Bildungsroman, fiksyen autografi atau
biografi, fiksyen eksistensialisme, fiksyen sejarah, fiksyen idea dan banyak
lagi. Dan dapatlah kita menyatakan bahawa satira yang besar dan berjaya
hendaklah berupaya memperlihatkan daya intelektualan yang tinggi dan pemikiran
yang bernas serta penuh kebijaksanaan.
No comments:
Post a Comment