Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kami dari kumpulan Kuasa Tinta telah memilih sebuah buku sastera yang berjudul "Sastera: Pengalaman Ilmu Imaginasi dan Kitarannya" hasil penulisan sasterawan negara, iaitu Shahnon Ahmad. Sebelum kami meneliti buku ini dengan lebih lanjut, adalah lebih afdal sekiranya kami memperkenalkan terlebih dahulu serba-sedikit mengenai biodata penulis bagi buku ini.
Nama penuh beliau ialah Dato' Haji Shahnon Bin Ahmad. Beliau telah dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah Darul Aman. Beliau telah menerima pendidikan awal di sekolah Melayu di Sik dan
lulus darjah V dalam tahun 1946. Kemudian, beliau menyambung
pelajarannya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sehingga lulus
Sijil Persekolahan.Beliau telah mula berkarya pada pertengahan tahun 1950-an, namun dalam masa
10 tahun sahaja, beliau telah muncul sebagai seorang penulis yang mempunyai bakat
yang besar. Sejak tahun 1956 lagi, beliau sudah mula terkenal
dengan penulisannya yang berbentuk cerpen, esei, dan juga kritikan. Antara novel pertama beliau ialah novel yang berjudul Rentong pada
tahun 1965 yang merupakan sebuah novel Shahnon Ahmad yang amat jelas menunjukkan
bakatnya yang besar sebagai novelis. Pada tahun 1975, Shahnon Ahmad telah diberi kepercayaan sebagai anggota Panel Hadiah
Karya Sastera dan diberi gelaran sebagai "Pejuang Sastera" oleh Perdana Menteri Tun
Hussein Onn pada tahun 1976. Beliau turut menerima Anugerah Sastera Negara daripada pihak kerajaan pada tahun 1982. Malah, beliau turut menerima Panel Hakim Hadiah Karya Sastera pada tahun 1983. Shahnon Ahmad telah menerima darjah
Datuk Setia Diraja Kedah yang membawa kepada gelaran `Datuk’ daripada Sultan
Kedah pada tahun 1980 dan kemudian beliau menerima darjah Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada 11
September 1993.
No comments:
Post a Comment