Sumber
dan tujuan kesusateraan sebagai salah satu cabang kesenian masih dipertikaikan.
Perkembangan dan pertikaian tentang segala aspek keperihalan kesusasteraan
sebenarnya perkembangan ilmu yang memperlihatkan kegigihan dan keupayaan
manusia meneroka dan mencari rahsia cabang kesenian untuk memberi sumbangan
kepada peningkatan dan kemantapan manusia.
Memang benar bahawa kesusasteraan
adalah sejenis hiburan tetapi ianya adalah hiburan yang bermakna yang menjurus
kepada peningkatan manusia. Robert Frost berkata bahawa kesusasteraan bermula
dengan hiburan tetapi terarah kepada kebijaksanaan. Secara indah dan berkesan,
kesusasteraan yang baik membijaksanakan manusia dalam segala tindakannya.
Mengikut Syahkh Fadhlalla Haeri,
mimda manusia dilihat dari segi komunikasi adalah pengaliran pemikiran.
Kesusasteraan yang sebenar sebagai cabang kesenian yang sebenar seharusnya
perlu mengisi hati manusia dengan pemikiran secara indahberseni dan berkesan
supaya hati yang bermakna akan mengarah minda untuk melakukan tindakan yang
bermakna.
Sastera membangunkan mental bangsa,iaitu
kesusasteraan sebagai salah satu kegiatan manusia untuk mengisi hati manusia
agar hati terisi dengan pemikiran yang bermakna dan mengalirkan makna yang
sebenar kepada mental individu, masyarakat atau bangsa.
Pencipta atau pengarangnya
bertanggungjawab atas segala daya kreativitinya dengan melahirkan karya yang
bermakna yang turut memberi sumbangan ilmu untuk membangunkan kemanusiaan.
Ketidakjelasan dan kekaburan akan melahirkan karya yang tidak bertanggungjawab,
karya yang using serta picisan nilainya. Pengarang yang benar-benar
bertanggungjawab akan terus meneliti daya kreativitinya supaya meninggalkn
kesan rasa ketenteraman hidup dalam perjuangan menegakkan kebenaran, dan
membangunkan mental manusia.
Aspek pembaca dalam hubungannya
dengan teks juga amat penting.Kemesraan antara pembaca dan pengarang bergantung
pada teks. Teks yang lahir daripada pengarang yang brtanggungjawab akan
membangunkan pembaca sekali gus membangunkan daya fikir untuk mengahadapi
kehidupan dengan segala liku-likunya.
Oleh itu jangan samakan negara kita
dengan negara Barat dalam membangunkan kesusasteraan. Malaysia menggunakan
sastera sebagai pembangunan mental bangsa tetapi di Barat menganggap sastera
mengungkap sesuatu di luar kemanusiaan. Hanya pengaranglah yang memaksikan kemanusiaan dalam kesusasteraan yang bermakna
serta melandaskan ilmu bukan sahaja pengalaman dan akal.
No comments:
Post a Comment